Skip to main content

Iklan

Iklan

Jumlah kes baru COVID-19 di S'pura naik kepada 2,069; lagi 8 kematian

Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,069 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Isnin (15 Nov), dengan lagi 8 pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah kes baru COVID-19 di S'pura naik kepada 2,069; lagi 8 kematian

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 15 Nov 2021 11:43PM Dikemas Kini : 15 Nov 2021 11:45PM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,069 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Isnin (15 Nov), dengan lagi 8 pesakit meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi akibat jangkitan COVID-19.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 14 Nov: 2,069, naik daripada 1,723 kes pada Ahad.

Kes baru dalam masyarakat: 1,964
Kes import: 4
Kes baru di dormitori pekerja hijrahan: 101

Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 239,272

KEMATIAN

Kes kematian pada 14 Nov: 8
Usia: 71 - 96 tahun
Jumlah kematian sejauh ini: 594

Kesemua yang meninggal dunia mengalami pelbagai penyakit sedia ada. MOH bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 0.94, lebih rendah berbanding 0.97 yang dicatatkan pada Ahad.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 1,533 pesakit masih dirawat di hospital.

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 255
Tidak stabil dan dipantau rapi di ICU: 51
Sakit tenat dan perlu intubasi di ICU: 72
Keseluruhan kadar penggunaan ICU: 63.6 peratus

Seramai 3,270 pesakit dibenarkan pulang dengan 474 adalah warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Lengkap divaksin 2 dos: 85 peratus
Baru menerima satu dos: 86 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 21 peratus

KELOMPOK AKTIF YANG DIPANTAU

MOH sedang memantau kelompok aktif seperti dalam senarai di bawah ini.

Antaranya termasuk Rumah Jagaan Jamiyah, yang melaporkan tiga kes baru melibatkan penghuni, serta Tajaka Iman (Woodgrove), yang melaporkan satu lagi kes baru. Jumlah kes bagi kelompok tajaka itu kini 28 orang, sebahagian besarnya adalah murid.

(Sumber: MOH)

(Sumber: MOH)

Pembendungannya dilakukan melalui pengesanan kontak, ujian dan pengasingan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan