Skip to main content

Iklan

Iklan

Juara bertahan Yip Pin Xiu mara ke peringkat akhir acara S2 kuak lentang 50m

Perenang negara Yip Pin Xiu pada Khamis (2 Sep) mara ke peringkat akhir acara S2 kuak lentang 50 meter di Sukan Paralimpik Tokyo. Ini sekali gus menandakan beliau setapak lebih dekat untuk mempertahankan pingat emas yang diraihnya di Sukan Paralimpik Rio. 

Anggaran Waktu Membaca:
Juara bertahan Yip Pin Xiu mara ke peringkat akhir acara S2 kuak lentang 50m

Yip Pin Xiu di Sukan Paralimpik Tokyo. (Gambar: Team Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 02 Sep 2021 11:18AM Dikemas Kini : 02 Sep 2021 11:19AM

SINGAPURA: Perenang negara Yip Pin Xiu pada Khamis (2 Sep) mara ke peringkat akhir acara S2 kuak lentang 50 meter di Sukan Paralimpik Tokyo. Ini sekali gus menandakan beliau setapak lebih dekat untuk mempertahankan pingat emas yang diraihnya di Sukan Paralimpik Rio.

Yip mengungguli acara di Pusat Akuatik Tokyo itu, dengan sampai ke garis penamat pada masa 1:03.61. Beliau adalah pemegang rekod dunia bagi acara tersebut.

Atlit Paralimpik berusia 29 tahun itu mara ke peringkat akhir pada Khamis malam sebagai pelayak terhebat, mendahului perenang Jepun Mikuyi Yamada hampir enam saat di hadapannya.

Yip merangkul pingat emas bagi acara S2 kuak lentang 100 meter seminggu lalu. Ia adalah pingat emas keempatnya secara keseluruhannya, bermula dari Sukan Paralimpik Beijing 2008.

Mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) itu juga adalah pemenang beberapa pingat di Kejohanan Dunia dan Sukan Para Asia.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan