Skip to main content

Iklan

Iklan

Jokowi semak sekatan COVID-19; jangkitan meningkat di sebilangan wilayah

Presiden Indonesia djangka akan membincangkan tentang pelanjutan tempoh sekatan COVID-19 di kepulauan terbesar dunia itu pada Isnin (9 Ogos). Ini sedang data kementerian kesihatan menunjukkan kes jangkitan merosot di ibu kota Jakarta tetapi melonjak di sebilangan kawasan wilayah lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Jokowi semak sekatan COVID-19; jangkitan meningkat di sebilangan wilayah

Orang ramai menunggu untuk mendapatkan suntikan dos vaksin COVID-19 di Surabaya, wilayah Jawa Timur, Indonesia, pada 6 Ogos 2021. (Gambar: Antara Foto/Zabur Karuru menerusi REUTERS)

Diterbitkan : 09 Aug 2021 09:24PM Dikemas Kini : 09 Aug 2021 09:27PM

JAKARTA: Presiden Indonesia djangka akan membincangkan tentang pelanjutan tempoh sekatan COVID-19 di kepulauan terbesar dunia itu pada Isnin (9 Ogos). Ini sedang data kementerian kesihatan menunjukkan kes jangkitan merosot di ibu kota Jakarta tetapi melonjak di sebilangan kawasan wilayah lain.

Sekatan pergerakan untuk membendung penularan varian Delta yang amat mudah berjangkit dilaksanakan di pulau Jawa dan Bali pada awal Julai. Ia kemudian diperluaskan ke kawasan-kawasan lain yang melaporkan kadar jangkitan yang tinggi.

Selepas kemuncak gelombang kedua penularan COVID-19 yang buruk di Jakarta bulan lalu, apabila sesetengah pesakit COVID-19 terpaksa dirawat di tempat letak kereta hospital dan penduduk bergelut mencari bekalan oksigen, kes jangkitan di ibu kota Indonesia itu merosot dengan mendadak.

Pada 12 Julai, Jakarta melaporkan 14,619 kes namun menjelang 5 Ogos, perangkaan itu merosot kepada 2,311 sementara kadar keseluruhan penggunaan katil di hospital-hospital di kota itu menjunam dari 90 peratus kepada 39 peratus.

Namun, walaupun sekatan mungkin dilonggarkan di Jakarta, Presiden Joko Widodo memberi isyarat pada Sabtu bahawa lonjakan kes di bahagian-bahagian Sumatera, Kalimantan dan Papua mungkin memerlukan pelaksaan langkah-langkah lebih ketat.

"Apabila jumlah kes besar, keperluan mobiliti mesti dikekang," ujarnya.

Penularan varian Delta, yang pertama kali dikesan di India, melemahkan sistem jagaan kesihatan yang semakin tertekan.

Penggunaan katil di unit jagaan rapi di Gorontalo, pulau Sulawesi, melepasi 90 peratus sementara tahapnya di tiga rantau di pulau Sumatera pula melebihi 80 peratus. Ini menurut data yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan pada Ahad.

Sementara itu wilayah Kalimantan Timur di pulau Kalimantan, jumlah jangkitannya melonjak dari 922 kes pada minggu kedua Jun kepada 12,127 pada minggu pertama Ogos, kata ketua agensi kesihatannya, Padilah Mante Runa.

Di Sumatera Barat, Defriman Djafri, seorang ahli epidemiologi di Universiti Andalas di Padang, berkata walaupun sekatan tahap kedua tertinggi di kawasan itu dilaksanakan, ia menyaksikan penularan COVID-19 paling membinasakan dalam masa 19 bulan. Keadaan bertambah buruk dengan salah maklumat dan penipuan mengenai koronavirus itu. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan