Skip to main content

Iklan

Iklan

Jepun akan longgar sekatan kemasukan bagi warga asing yang ada visa penduduk

Jepun dilaporkan merancang melonggarkan sekatan kemasukan ke negara itu bagi warga asing yang mempunyai visa penduduk mulai bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jepun akan longgar sekatan kemasukan bagi warga asing yang ada visa penduduk

Orang ramai amalkan jarak selamat di Tokyo, Jepun pada 9 Mei 2020 (Gambar fail: REUTERS/Issei Kato)

Diterbitkan : 21 Aug 2020 06:29PM Dikemas Kini : 21 Aug 2020 06:33PM

TOKYO: Jepun dilaporkan merancang melonggarkan sekatan kemasukan ke negara itu bagi warga asing yang mempunyai visa penduduk mulai bulan depan.

Sekatan tersebut dikenakan bagi membendung penularan COVID-19 di Jepun.

Bagaimanapun banyak pihak berkata sekatan ketat itu sudah menyebabkan tekanan emosi dan kesulitan ekonomi.

Lantaran itu menurut laporan stesen penyiaran awam NHK, mulai bulan depan, para pemegang visa Jepun termasuk penduduk tetap dan mereka di bawah program pertukaran pelajar boleh masuk semula ke Jepun.

Namun mereka perlu menjalani ujian COVID-19 dan dikuarantin 14 hari.

Seorang pegawai Kementerian Luar Jepun pula berkata keputusan belum dibuat mengenai perkara itu.

Sekatan perjalanan yang dikenakan Jepun bagi menangani pendemik COVID-19 adalah salah satu yang paling ketat di dunia.

Bukan sahaja pelancong, sekatan itu meliputi juga para pemegang visa jangka panjangnya dari lebih 140 negara.

Sumber : Agensi berita/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan