Skip to main content

Jenis COVID-19 sukar dikesan dilaporkan di Finland

Jenis baru COVID-19, Fin-796H, yang sukar dikesan oleh sekurang-kurangnya satu jenis ujian PCR, dilaporkan di Finland, lapor agensi berita Sputnik, memetik syarikat Vita Laboratories.

Anggaran Waktu Membaca:
Jenis COVID-19 sukar dikesan dilaporkan di Finland

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 19 Feb 2021 11:16AM Dikemas Kini : 19 Feb 2021 11:30AM

HELSINKI: Jenis baru COVID-19, Fin-796H, yang sukar dikesan oleh sekurang-kurangnya satu jenis ujian PCR, dilaporkan di Finland, lapor agensi berita Sputnik, memetik syarikat Vita Laboratories.

Beberapa jenis virus COVID-19 telah dikesan di seluruh dunia setakat ini, di Britain, Afrika Selatan, Brazil dan Jepun.

"Vita Laboratoriot Oy dan Institut Bioteknologi di Universiti Helsinki mengesan jenis COVID-19 yang belum pernah ditemui dalam satu sampel dari selatan Finland. Mutasi jenis ini sukar dikesan dengan sekurang-kurangnya satu ujian PCR yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Penemuan ini mungkin memberi kesan yang besar dalam menentukan penyebaran penyakit itu.

Virus SARS-CoV-2 (strain), dikenali Fin-796H itu mempunyai ciri-ciri jenis Britain dan Afrika Selatan,” kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan pada Rabu.

Finland mengesahkan lebih 51,000 kes COVID-19 setakat ini, dengan lebih 700 kematian. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita