Skip to main content

Iklan

Iklan

Jawa Tengah cuba jejaki 1,500 peserta perhimpunan tabligh di Sulawesi

 Pihak berkuasa Jawa Tengah menubuhkan pasukan khas bagi menjejaki kira-kira 1,500 peserta perhimpunan tabligh antarabangsa di Gowa, Sulawesi Selatan, berikutan pengesanan kelompok wabak COVID-19 di wilayah Brebes.

Anggaran Waktu Membaca:
Jawa Tengah cuba jejaki 1,500 peserta perhimpunan tabligh di Sulawesi

(Gambar: Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo)

Diterbitkan : 08 May 2020 10:42PM Dikemas Kini : 08 May 2020 10:45PM

JAKARTA: Pihak berkuasa Jawa Tengah menubuhkan pasukan khas bagi menjejaki kira-kira 1,500 peserta perhimpunan tabligh antarabangsa di Gowa, Sulawesi Selatan, berikutan pengesanan kelompok wabak COVID-19 di wilayah Brebes.

Awal dari itu, 16 penduduk Brebes yang menyertai perhimpunan terbabit di Gowa, Sulawesi Selatan pada Mac lalu disahkan positif COVID-19.

Beberapa bandar dan wilayah lain di Jawa Tengah juga melaporkan bahawa penduduk setempat yang menyertai perhimpunan yang sama turut disahkan dijangkiti wabak itu.

Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo berkata beliau bimbang akan berlaku kemunculan kelompok baru COVID-19 yang membabitkan peserta perhimpunan tabligh di Gowa itu.

Sehubungan itu, beliau memohon penduduk yang menyertai perhimpunan terbabit supaya melaporkan diri kepada pihak berkuasa untuk menjalani saringan.

"Tolong bantu kita dengan lapor diri kepada pihak berkuasa, jangan takut, kita tidak akan memarahi anda, sebaliknya kita akan beri rawatan jika anda sah positif bagi virus ini, sekali gus melindungi keluarga dan orang lain daripada dijangkiti," katanya.

Selain itu, Encik Ganjar juga meminta Pemerintah Bandar Tegal supaya menubuhkan pasukan khas kerana jaraknya yang dekat dengan Brebes.

Beliau memohon kumpulan masyarakat 'Jogo Tonggo' iaitu kumpulan membabitkan jiran tetangga yang saling menjaga kebajikan satu sama lain untuk melaporkan jika mereka menemui peserta perhimpunan berkenaan dalam rekod mereka.

Setakat semalam, Jawa Tengah merekodkan 904 kes dan 64 kematian akibat COVID-19. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan