Skip to main content

Iklan

Iklan

Jangkitan kelompok 8 pusat pertukaran bas kini cecah 416 kes

Sebanyak 253 kes jangkitan tempatan baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (4 Sep), termasuk 116 yang tidak berhubung kait dengan kes-kes terdahulu.

Anggaran Waktu Membaca:
Jangkitan kelompok 8 pusat pertukaran bas kini cecah 416 kes

(Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)

Diterbitkan : 05 Sep 2021 12:00AM Dikemas Kini : 05 Sep 2021 12:01AM

SINGAPURA: Sebanyak 253 kes jangkitan tempatan baru COVID-19 dilaporkan di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (4 Sep), termasuk 116 yang tidak berhubung kait dengan kes-kes terdahulu.

Sebanyak 84 kes terkait dengan kes-kes lalu dan sudahpun dikuarantin.

Lagi 53 kes jangkitan yang berkait dengan kes-kes terdahulu dikesan menerusi ujian pemantauan, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kemas kini hariannya.

Perangkaan itu adalah jumlah harian tertinggi bagi kes jangkitan COVID-19 yang dilaporkan di sini sejak 6 Ogos 2020.

Dalam kalangan kes baru itu, dua melibatkan warga emas berusia 70 tahun ke atas yang belum divaksin sama sekali atau sudah menerima satu dos vaksin dan berisiko sakit teruk, menurut MOH.

Selain itu, terdapat enam kes import dengan kesemuanya sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura. Empat kes import dikesan sejurus tiba di Singapura manakala baki dua kes mengalami penyakit itu ketika menjalani SHN atau tempoh pengasingan.

Secara keseluruhannya, terdapat 259 kes baru COVID-19 di Singapura hari ini.

KELOMPOK CGH, PUSAT PERTUKARAN BAS MENINGKAT

Tiga kelompok baru dikenal pasti iaitu Sembcorp Marine Tuas Boulevard Yard, Pusat Jagaan Pelajar Radiance dan dalam kalangan kakitangan Orient Goldsmiths and Jewellers

Kelompok Hospital Besar Changi (CGH) dikenal pasti pada Jumaat - kelompok aktif kedua di hospital itu - meningkat kepada 36 kes, menurut MOH pada Sabtu.

Kini terdapat sejumlah 416 kes melibatkan lapan kelompok pusat pertukaran bas di Tampines, Boon Lay, Jurong East, Toa Payoh, Bishan, Clementi, Punggol dan Sengkang.

Kelompok Bugis Junction juga meningkat kepada 261 kes.

Sementara itu, satu kelompok diisytiharkan bebas COVID-19 pada Sabtu sekali gus membawa jumlah kelompok aktif di Singapura sebanyak 62.

5 PESAKIT COVID-19 TENAT

Sebanyak 608 kes dimasukkan ke hospital. Terdapat lima kes dalam keadaan tenat di unit jagaan rapi (ICU) dan 22 kes penyakit serius yang memerlukan bantuan oksigen tambahan.

Daripada jumlah mereka yang sakit teruk, 22 berusia 60 tahun ke atas - 12 daripada mereka belum divaksin atau sudah menerima suntikan dos pertama, menurut MOH.

"Terdapat bukti berterusan bahawa hampir semua individu lengkap divaksin tidak mengalami penyakit serius apabila dijangkiti melainkan jika mereka mempunyai masalah perubatan sedia ada yang menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada jangkitan," tambah MOH.

Sepanjang 28 hari lalu, peratusan individu belum divaksin yang sakit tenat atau meninggal dunia adalah 7.1 peratus manakala bagi mereka yang lengkap divaksin pula 1.1 peratus.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan