Jangkitan COVID-19 naik kepada 8.2 juta kes di India
Sebanyak 496 kematian berlaku dalam tempoh 24 jam lalu akibat jangkitan COVID-19, sekali gus membawa angka korban di negara itu kepada sebanyak 122,607.

Penduduk India memakai pelitup di tempat awam pada Okt 2020 di tengah pandemik COVID-19 (Gambar: AP Photo/Bikas Das)
MUMBAI: India mencatat 45,231 kes baru jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 8.23 juta, menurut Kementerian Kesihatan negara tersebut pada Isnin (2 Nov).
Jumlah kes harian COVID-19 di India merosot sejak September, namun para pakar memberi amaran kes jangkitan mungkin meningkat semula semasa musim perayaan.
India melaporkan jumlah jangkitan kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat yang mencatat lebih sembilan juta kes.
Sebanyak 496 kematian berlaku dalam tempoh 24 jam lalu akibat jangkitan COVID-19, sekali gus membawa angka korban di negara itu kepada sebanyak 122,607.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.