Skip to main content

Jaminan Pergerakan Buruh: Pekerja asing disokong semasa COVID-19

Pergerakan Buruh memberi jaminan kepada para pekerja asing tentang sokongannya semasa pandemik COVID-19 sekarang. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 May 2020 06:35PM Dikemas Kini : 03 May 2020 12:59AM

SINGAPURA: Pergerakan Buruh memberi jaminan kepada para pekerja asing tentang sokongannya semasa pandemik COVID-19 sekarang.

Dalam catatan Facebook sempena Hari Buruh, Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng berkata pihaknya menyokong Kementerian Tenaga Manusia dalam usaha memenuhi keperluan para pekerja. Ini termasuk membayar gaji para pekerja tepat pada masanya.

NTUC juga bekerjasama dengan Pusat Para Pekerja Asing (MWC) bagi menjalankan program riadah muzik sepanjang sebulan di media sosial.

Diberi nama "pesta lagu dan tarian", ia menawarkan persembahan dalam bahasa Tamil, Bengali dan Cina, pada setiap malam, mulai hari ini (2 Mei) di Facebook MWC.

MWC menyatakan ia juga akan menguar-uarkan maklumat kesihatan dan pekerjaan yang penting di wadah yang sama.

Ia diharapkan akan dihargai dan membawa keceriaan kepada para pekerja asing dalam masa-masa sukar dan mencabar sekarang. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita