Skip to main content

Iklan

Iklan

ION Orchard, Lucky Plaza dan Paragon dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit

Tiga pusat beli-belah di Orchard Road dimasukkan ke dalam senarai Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai tempat-tempat awam yang dikunjungi kes disahkan COVID-19 semasa tempoh berjangkit, menurut MOH pada Jumaat (25 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
ION Orchard, Lucky Plaza dan Paragon dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit

ION Orchard, Lucky Plaza dan Paragon dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh berjangkit. (Gambar: Laman ION Orchard, Paragon dan Lucky Plaza)

Diterbitkan : 26 Sep 2020 12:08AM Dikemas Kini : 26 Sep 2020 12:11AM

SINGAPURA: Tiga pusat beli-belah di Orchard Road dimasukkan ke dalam senarai Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai tempat-tempat awam yang dikunjungi kes disahkan COVID-19 semasa tempoh berjangkit, menurut MOH pada Jumaat (25 Sep).

Pusat beli-belah ION Orchard dan MUJI di Paragon masing-masing dikunjungi kes COVID-19 dalam masyarakat pada 18 Sep dan 19 Sep.

Lucky Plaza disenaraikan tiga kali pada hari-hari berbeza.

Senarai tempat baru itu adalah seperti berikut:

Mereka yang dikenal pasti sebagai kenalan rapat kes COVID-19 yang disahkan sudahpun dimaklumkan oleh MOH.

Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai yang berada di tempat-tempat tersebut pada masa yang dinyatakan harus memantau kesihatan mereka dengan rapi selama 14 hari selepas mengunjungi tempat-tempat itu.

Mereka harus segera berjumpa doktor jika mengalami gejala jangkitan pernafasan akut seperti batuk, sakit tekak dan selesema, serta demam dan hilang deria rasa atau bau, dan memaklumkannya kepada doktor tentang sejarah pendedahan mereka kepada jangkitan virus tersebut.

Menurut kementerian kesihatan, orang ramai juga boleh mengakses khidmat lokasi SafeEntry menerusi aplikasi TraceTogether, SingPass Mobile, atau di laman SafeEntry untuk memeriksa sama ada mereka berada di lokasi itu semasa waktu yang dinyatakan, berdasarkan rekod SafeEntry masing-masing.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan