Skip to main content

Iklan

Iklan

Indonesia longgarkan sekatan COVID-19 di Pulau Jawa

Sekatan-sekatan COVID-19 di Indonesia akan dilonggarkan di lebih banyak bandar di Pulau Jawa yang paling padat dengan penduduk. Ini setelah jumlah jangkitan terus menunjukkan kemerosotan, kata Menteri Kanan Kabinet Luhut Pandjaitan kepada wartawan pada Isnin (6 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia longgarkan sekatan COVID-19 di Pulau Jawa

Orang ramai bersenam di sebuah kawasan jambatan apabila pemerintah melonggarkan sekatan darurat COVID-19 di Surabaya, wilayah Jawa Timur, Indonesoa. (Gambar: Antara Foto/Didik Suhartono melalui Reuters)

Diterbitkan : 06 Sep 2021 09:21PM Dikemas Kini : 06 Sep 2021 09:22PM

JAKARTA: Sekatan-sekatan COVID-19 di Indonesia akan dilonggarkan di lebih banyak bandar di Pulau Jawa yang paling padat dengan penduduk. Ini setelah jumlah jangkitan terus menunjukkan kemerosotan, kata Menteri Kanan Kabinet Luhut Pandjaitan kepada wartawan pada Isnin (6 Sep).

Encik Luhut berkata pemerintah akan memanjangkan tempoh orang ramai dibenarkan makan di restoran kepada satu jam berbanding 30 minit sahaja sekarang. Selain itu, beliau berkata lebih banyak tempat daya tarikan juga akan dibuka.

Sementara itu, tambah beliau, pulau perangingan Bali masih di bawah kategori 'Tahap 4' iaitu tahap paling ketat buat sekurang-kurangnya seminggu lagi. 

Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa