Skip to main content

Indonesia lapor 1,462 kes baru COVID-19, lebih 46,000 pesakit dipantau

Kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 83,130 kes, iaitu tambahan kes baru sebanyak 1,462 dalam tempoh 24 jam.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia lapor 1,462 kes baru COVID-19, lebih 46,000 pesakit dipantau

Seorang wanita di stesen kereta api Sudiman di Jakarta, Indonesia, pada 8 Jun 2020. (Gambar fail: Ajeng Dinar Ulfiana/REUTERS)

Diterbitkan : 17 Jul 2020 08:48PM Dikemas Kini : 17 Jul 2020 08:49PM

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia kini meningkat kepada 83,130 kes, iaitu tambahan kes baru sebanyak 1,462 dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12.00 tengah hari ini (17 Jul), sebanyak 84 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,957 orang.

"Sebanyak 46,493 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,338 kes, diikuti Jakarta (719 kes), Jawa Tengah (285), Sulawesi Selatan (236) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita