Skip to main content

Iklan

Iklan

Indonesia dijangka perketat sekatan COVID-19 jelang perayaan hujung tahun

Indonesia dijangka mengetatkan semula sekatan COVID-19 bagi mengelakkan kenaikan besar jumlah kes semasa musim perayaan akhir tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia dijangka perketat sekatan COVID-19 jelang perayaan hujung tahun

Para penduduk Indonesia dengan pelitup muka. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Nov 2021 05:07PM Dikemas Kini : 19 Nov 2021 05:09PM

JAKARTA: Indonesia dijangka mengetatkan semula sekatan COVID-19 bagi mengelakkan kenaikan besar jumlah kes semasa musim perayaan akhir tahun.

Adalah dipercayai kegiatan-kegiatan menyambut Tahun Baru seperti pertunjukan bunga api dan perarakan akan dilarang.

Jumlah orang yang dibenarkan menyertai acara-acara keagamaan juga mungkin dihadkan kepada separuh daripada kapasiti biasa.

Begitu juga dengan operasi gedung beli-belah, restoran dan pasar raya.

Dalam pada itu, taman-taman awam pula akan ditutup.

Sekatan-sekatan tersebut dijangka akan dikuatkuasakan seluruh Indonesia mungkin mulai 24 Disember hingga 2 Januari.

Sumber : CNA/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan