Skip to main content

Iklan

Iklan

India mula bawa pulang 200,000 rakyatnya yang terkandas di luar negara

India memulakan operasi membawa pulang sekitar 200,000 rakyatnya yang terkandas di luar negara ekoran sekatan perjalanan di merata dunia akibat pandemik COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
India mula bawa pulang 200,000 rakyatnya yang terkandas di luar negara

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 07 May 2020 05:59PM Dikemas Kini : 07 May 2020 06:02PM

NEW DELHI: India memulakan operasi membawa pulang sekitar 200,000 rakyatnya yang terkandas di luar negara ekoran sekatan perjalanan di merata dunia akibat pandemik COVID-19.

Operasi membawa pulang rakyatnya itu disifatkan sebagai yang terbesar di dunia.

Hampir 15,000 warga India akan dibawa pulang dalam fasa pertama yang bermula malam ini (7 Mei).

Pesawat-pesawat penumpang serta kapal-kapal tentera akan ke beberapa rantau termasuk rantau Teluk, Asia Tenggara, Britain dan Amerika Syarikat.

Mereka yang dibawa pulang kemudian akan dikuarantin selama 21 hari.

Secara keseluruhannya, hampir tiga juta orang memohon untuk mendapatkan permit pulang ke India.

Namun pemerintah India hanya membenarkan mereka yang ada kecemasan dan yang bebas dari jangkitan COVID-19 untuk pulang ke India.

Sejauh ini, jumlah jangkitan di India melepasi 50,000 dengan jumlah kematian lebih 1,700.  

Sumber : Agensi berita/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan