India catat 24,337 kes baru COVID-19
India mencatat 24,337 kes baru COVID-19, menurut data Kementerian Kesihatan India hari ini (21 Dis).

(Gambar: REUTERS/Amit Dave)
MUMBAI: India mencatat 24,337 kes baru COVID-19, menurut data Kementerian Kesihatan India hari ini (21 Dis).
Dengan itu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 di India kini mencecah 10.06 juta jangkitan.
Jumlah jangkitan keseluruhan India melepasi kadar 10 juta kelmarin tetapi kadar kes baru itu mula perlahan sejak mencecah paras kemuncak pada September lalu.
Seramai 145,810 orang di India mati akibat COVID-19 dengan 333 kematian dicatat dalam tempoh 24 jam sebelum ini, tambah kementerian berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.