HSA siasat pengedaran tanpa kebenaran kit ART SG Diagnostics
Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sedang menyiasat perbuatan mengedar dan membekalkan tanpa kebenaran kit Ujian Pantas Antigen (ART) keluaran syarikat SG Diagnostics.
SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) sedang menyiasat perbuatan mengedar dan membekalkan tanpa kebenaran kit Ujian Pantas Antigen (ART) keluaran syarikat SG Diagnostics.
HSA menyatakan ia akan bertindak tegas terhadap penjualan kit ujian itu tanpa kebenaran.
Kit ART keluaran SG Diagnostics hanya untuk kegunaan karyawan jagaan kesihatan yang terlatih.
Sekiranya kit itu digunakan orang-orang yang tidak terlatih, ia mungkin memberi hasil ujian yang tidak tepat, tegasnya.
HSA memberi amaran, keadaan sedemikian boleh menyebabkan pesakit COVID-19, terlewat mendapat rawatan.
Hasil ujian negatif COVID-19 yang salah juga boleh menyebabkan pesakitnya tidak mengambil langkah-langkah yang perlu bagi melindungi orang di sekelilingnya.
HSA menggesa orang ramai supaya hanya membeli kit ujian COVID-19 yang telah diluluskan bagi ujian kendiri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.