Hong Kong wajibkan ujian COVID-19 bagi kumpulan berisiko
Hong Kong mewajibkan ujian COVID-19 bagi kumpulan berisiko, dengan ancaman hukuman penjara yang enggan.
HONG KONG: Hong Kong mewajibkan ujian COVID-19 bagi kumpulan berisiko, dengan ancaman hukuman penjara yang enggan.
Menurut para pegawai kesihatan Hong Kong, ia perlu bagi wilayah pentadbiran khas China itu mengelakkan gelombang keempat penularan COVID-19.
Mereka yang diwajibkan menjalani ujian COVID-19 di Hong Kong termasuk mereka yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan, mereka yang dikaitkan dengan penularan virus tersebut dan mereka yang bakal menamatkan kuarantin.
Mereka yang enggan akan menghadapi denda sekitar AS$250 (S$337), dan arahan untuk menjalani ujian COVID-19.
Hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan ke atas mereka yang ingkar adalah penjara sehingga enam bulan dan denda sekitar AS$3,200 (S$4,314).
Pihak berkuasa Hong Kong sementara itu memperketat langkah-langkah membendung penularan COVID-19 selepas jumlah kes baru bertambah sejak seminggu lalu.
Mulai esok (16 Nov), sekatan-sekatan lebih ketat akan dikuatkuasakan di restoran dan bar.
Ini termasuk mengurangkan kapasiti kepada 50 peratus, menghadkan jumlah pelanggan di setiap meja dan memotong masa operasi dari pukul 5.00 petang hingga pukul 12.00 tengah malam.
Langkah-langkah tersebut akan berkuatkuasa sehingga 26 hari bulan ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.