Skip to main content

Hiburan

Zul Ariffin nafi beri harapan kepada gadis Ukraine

"Ia sangat pelik kan. Tulisan nama saya di jarinya itu hanya inai sahaja. Saya tak jangka reaksi sebegitu dan saya sendiri tak akan buat macam tu.

Anggaran Waktu Membaca:
Zul Ariffin nafi beri harapan kepada gadis Ukraine

(Gambar: @zul_ariffin/ Instagram)

Diterbitkan : 02 Aug 2018 11:41AM Dikemas Kini : 02 Aug 2018 11:45AM

MALAYSIA: Pelakon Zul Ariffin mahu membiarkan 'masa' yang menjawab segala persoalan mengenai hubungannya dengan seorang gadis dari Ukraine, seperti yang tular di internet sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun pelakon berusia 32 tahun ini menafikan dia bercuti dengan wanita bernama Tanya Glembotska di Phuket, Thailand, lapor Astro Awani.

"Saya mengenalinya ketika berada di sana untuk menjalani sesi latihan seni mempertahankan diri dan dia juga menjalani sesi latihan yang sama," katanya ketika ditemui pada malam gala filem Hantu Kak Limah di MMCineplexes E@Curve, malam Rabu (1 Ogos).

Ditanya mengenai ukiran namanya di jari wanita tersebut, Zul berkata, beliau sendiri tidak menjangkakan wanita itu akan melukis inai namanya di jari.

"Ia sangat pelik kan. Tulisan nama saya di jarinya itu hanya inai sahaja. Saya tak jangka reaksi sebegitu dan saya sendiri tak akan buat macam tu.

"Saya tak ada jawapan mengenai perkara itu. Saya tak ada beri apa-apa harapan dan saya layan dia sama macam orang lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Zul enggan mengulas lebih lanjut perkara tersebut dan membiarkan sahaja netizen membuat andaian sendiri.

Menurut Astro Awani, sebelum ini, hubungan Zul dengan pelakon Zahirah MacWilson berakhir pada awal April lalu.

Zul juga pernah menjalin hubungan cinta dengan penerbit Gayatri Su-Lin namun mereka berpisah sekitar 2015, lapor Astro Awani lagi.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita