Zul Ariffin mohon maaf atas babak kontroversial drama 'Perempuan Itu'
Pelakon Malaysia Zul Ariffin tampil memohon maaf selepas video babak kontroversial daripada drama 'Perempuan Itu' tular di media sosial baru-baru ini.
(Gambar: Instagram/Zul_Ariffin)
KUALA LUMPUR: Pelakon Malaysia Zul Ariffin tampil memohon maaf selepas video babak kontroversial daripada drama 'Perempuan Itu' tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut Zul, dia akan lebih berhati-hati apabila memuat naik catatan ke media sosial bagi mengelakkan kontroversi sedemikian berulang.
"Dengan hati terbuka, saya ambil maklum di atas semua respons dari banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.
"Saya dengan rendah hati, memohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan.
"Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial," katanya menerusi catatan Instagram pada Isnin (21 Mac).
Sebelum ini, Zul memuat naik video ke laman Instagram yang memaparkan aksi babak lakonannya bersama pelakon baru, Siti Hariesa yang mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Bagaimanapun, video itu sudah dipadamkan dari akaun media sosial Zul.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.