Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Zul Ariffin masuk hospital di Jakarta

Pelakon Zul Ariffin terpaksa keluar dari pawagam semasa tayangan perdana filem Misteri Dilaila di Jakarta atas masalah kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Zul Ariffin masuk hospital di Jakarta

(Gambar: @zul_ariffin/Instagram)

Diterbitkan : 09 Mar 2019 03:16PM Dikemas Kini : 09 Mar 2019 03:18PM

JAKARTA: Pelakon Zul Ariffin terpaksa keluar dari pawagam semasa tayangan perdana filem Misteri Dilaila di Jakarta atas masalah kesihatan.

Menerusi catatan Instagramnya, Zul, atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, 33 tahun, memohon maaf kepada para peminatnya yang hadir bagi acara tayang perdana filem itu.

Beliau turut mendedahkan bahawa dirinya langsung dimasukkan ke hospital.

"Terpaksa keluar daripada pawagam dan terus ke hospital," tulis Zul. Saya tak dapat nak berjumpa dan bergambar selepas tamat filem. Saya minta maaf."

Satu lagi gambar yang dimuat naik ke laman Instagram menunjukkan Zul sedang dirawat di Rumah Sakit Abdi Waluyo.

Zul menyatakan bahawa beliau sudah empat kali mengalami masalah kesihatan dalam tempoh sebulan. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sakit apa yang dialaminya.

Pelakon itu bagaimanapun dilaporkan sudah dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Zul dikatakan berada di Jakarta untuk mempromosikan filem lakonannya yang sudah dimainkan di pawagam sejak 21 Feb.

Filem Misteri Dilaila merupakan filem arahan Syafiq Yusof dan turut dibintangi Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri, Rosyam Nor, Namron, Mas Khan dan ramai lagi.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan