Skip to main content

Hiburan

Zul Ariffin disiasat muat naik adegan panas drama ke Instagram

Anggaran Waktu Membaca:
Zul Ariffin disiasat muat naik adegan panas drama ke Instagram

(Gambar: @zul_ariffin/ Instagram)

KUALA LUMPUR: Pelakon Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas membuat hantaran Instagram yang menyalahi undang-undang.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa menerusi catatan di Twitter memaklumkan adegan seperti dipaparkan dalam hantaran itu tidak akan dibenarkan untuk tayangan umum.

“Proses undang-undang berjalan. Yang pasti, adegan seperti yang dipapar itu tidak akan dibenarkan tayang, sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain. Jagalah nilai dan budaya,” tegas Encik Annuar.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merujuk kepada penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM50,000 (S$16,160.19), dihukum penjara tidak melebihi satu tahun atau dikenakan hukuman kedua-duanya sekali serta boleh didenda RM1,000 (S$323.20) bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabit.

Pelakon itu mengundang kontroversi selepas memuat naik video yang memaparkan ‘teaser’ adegan panas daripada drama ‘Perempuan itu’ sebelum bertindak memadam hantaran tersebut dan membuat permohonan maaf di media sosial.
 

Sumber : Bernama/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita