Zizie Izette dibebaskan daripada semua tuduhan subahat rasuah RM2.8 juta
Pelakon Zizie Izette Abdul Samad dibebaskan daripada kesemua tiga pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah berjumlah RM2.8 juta (S$884.17 ribu) oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin (20 Jul). (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin (20 Jul) melepas dan membebaskan pelakon Zizie Izette Abdul Samad daripada kesemua tiga pertuduhan bersubahat dalam kes rasuah berjumlah RM2.8 juta (S$884.17 ribu).
Kes itu membabitkan pelaburan RM150 juta (S$47.36 juta) dalam unit amanah Public Mutual Berhad yang didakwa berlaku 11 tahun lalu.
Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan pada akhir kes pembelaan.
Dalam penghakimannya, hakim berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.
Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan Zizie Izette, 47 tahun, dilepas dan dibebaskan daripada ketiga-tiga pertuduhan yang dihadapinya.
Zizie Izette, yang juga isteri kepada bekas Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Bung Moktar Radin, dilihat sebak selepas keputusan dibacakan di mahkamah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.