Zizie Ezette akan timang anak perempuan
Pelakon seberang tambak, Zizie Ezette berkongsi berita gembira bahawa beliau sedang menghamilkan bayi perempuan.
Zizie Ezette. (Gambar: zizieizette/Instagram)
MALAYSIA: Pelakon seberang tambak, Zizie Ezette berkongsi berita gembira bahawa beliau sedang menghamilkan bayi perempuan.
Beliau membuat pengumuman demikian di akaun Instagramnya pada Ahad (16 Dis).
Menurut catatan di akaun Instagramnya, beliau dan suaminya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Encik Bung Mokhtar Radin, dijangka menyambut kelahiran anak perempuan mereka pada Mac tahun depan.
Pasangan itu bernikah pada tahun 2009 dan sudah dikurniakan sepasang anak kembar Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke yang baru berusia setahun.
Zizie dan suaminya turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3 tahun, dan Aaric Zayn Izette berusia setahun.
Ramai pengikut Zizie di Instagram mengucapkan taniah kepada pelakon itu atas berita yang dikongsinya itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.