Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Zizan sukar tahan ketawa sewaktu penggambaran Abang Long Fadil 3

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Filem aksi komedi, Abang Long Fadil 3 semakin mendapat tempat dalam kalangan penonton di Malaysia.

Menerusi perkongsian di media sosial, rata-rata penonton memberikan maklum balas positif terhadap naskhah arahan Syafiq Yusof itu, khususnya terhadap adegan-adegan lawak yang dipersembahkan, lapor Gempak.

Namun menerusi sesi temu bual di sebalik tabir Abang Long Fadil 3 baru-baru ini, pelakon utamanya, Zizan Razak mengakui sukar untuk melakonkan watak Fadil disebabkan kehadiran Johan sebagai rakan pelakon.

"Kalau ikutkan, kali ini lagi mencabar. Watak Fadil dalam filem ini seorang yang matang. Namun, ia jadi sukar sebab pasangannya adalah Johan. Memang susah nak tahan ketawa ketika penggambaran," kata Zizan seperti dinukil Gempak.

Selain Zizan sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania HUdson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.

Para penonton di Singapura sudah boleh menonton filem francais komedi aksi nombor satu Malaysia itu namun hanya di pawagam Cathay saja.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan