Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Zizan Razak dedah jarang pulang beraya di Terengganu selepas pemergian nenek

Pelakon dan pengacara dari Malaysia, Zizan Razak mengakui beliau lebih banyak meluangkan masa di rumah bersama ibunya ketika Hari Raya Aidilfitri selepas pemergian arwah nenek pada 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara dari Malaysia, Zizan Razak mengakui beliau lebih banyak meluangkan masa di rumah bersama ibunya ketika Hari Raya Aidilfitri selepas pemergian arwah nenek pada 2020.

Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu beliau mungkin akan pulang ke Pantai Timur hanya untuk berjumpa bapanya.

“Memang dah beberapa tahun saya tak balik kampung. Selepas pemergian nenek, saya banyak duduk di KL. Tapi kalau balik pun mungkin untuk berjumpa bapa di Terengganu.

“Cuti saya tak lama, jadi sudah tentu saya akan luang masa bersama ibu di rumah untuk raya kali ini. Bagi saya, raya inilah waktu saya berehat dan ada masa dengan keluarga.

“Memang banyak tahun saya duduk rumah saja ketika raya. Saudara-mara pun beraya di Terengganu, saya saja di KL.

"Mungkin lepas raya, saya akan balik kot,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo ini turut memberitahu pemergian arwah neneknya juga memberi kesan yang besar pada perubahan sambutan hari raya.

“Dari sebelum COVID-19 dan nenek meninggal dunia pada 2020, saya rasa perubahan raya sangat luar biasa. Saya balik rumah arwah nenek di Terengganu pun, saya masuk rumah dia rasa lain.

“Selepas arwah nenek tak ada, saya dah tak beraya sangat. Lebih banyak berehat saja. Pemergian nenek memberi impak besar kepada saya dan ibu saya.

“Kita memang dah tak beraya seperti dahulu. Banyak kenangan di rumah arwah, Dungun sebab saya lahir dalam bilik arwah.

"Saya lahir di Dungun tapi membesar di Kuala Terengganu, tapi setiap hujung minggu balik Dungun.

“Saya memang luangkan masa dengan nenek sampai besar tapi bila dah jadi artis agak renggang sikit sebab saya sibuk, itu buat saya agak terkilan,” ujarnya seperti dinukil Astro Gempak.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan