Zamani mohon maaf setelah hilang suara
Selepas dua hari berdiam diri, penyanyi Malaysia Zamani akhirnya tampil memohon maaf kepada para peminatnya setelah gagal menyampaikan lagu semasa konsert minggu kelima bagi program Gegar Vaganza (GV5) kerana kehilangan suara.
(Gambar: @zamanislam_official/Instagram)
KUALA LUMPUR: Selepas dua hari berdiam diri, penyanyi Malaysia Zamani akhirnya tampil memohon maaf kepada para peminatnya setelah gagal menyampaikan lagu semasa konsert minggu kelima bagi program Gegar Vaganza (GV5) kerana kehilangan suara.
Dalam catatan di laman Instagramnya, penyanyi itu turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat setianya atas sokongan padu dan doa-doa mereka.
“Maaf kepada semua kerana tidak dapat menyampaikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada malam konsert kelima.
"Terima kasih pada semua atas sokongan padu yang diberikan pada malam itu,” kata Zamani seperti yang ditukil oleh Astro Awani.
Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Gerimis Mengundang itu, bagaimanapun, tidak memaklumkan sama ada beliau akan meneruskan perjuangannya pada minggu hadapan.
Sementara itu, Zamani turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan penerbitan serta rakan-rakan artis lain yang turut bertanding dalam GV musim ini kerana tidak ketinggalan memberi sokongan dan dorongan yang tidak putus-putus buatnya, lapor Astro Awani.
Astro Awani turut memetik sebilangan besar peminatnya sebagai meninggalkan kata-kata semangat selain mendoakan kesihatannya akan kembali pulih seperti sedia kala di ruangan komen Instagramnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.