Zamani masih lagi dalam tempoh pemulihan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: zamanislam_official/Instagram)
MALAYSIA: Biarpun semakin pulih selepas menjalani pembedahan akibat masalah skoliosis atau tulang belakang melengkung, penyanyi Zamani Ibrahim mengakui masih menahan kesakitan pada masa tertentu.
Jelas vokalis kugiran Slam yang berusia 52 tahun itu, tempoh pemulihan yang dilalui tidak seperti apa yang dijangkakan sebelum menjalani pembedahan, lapor Sinar Harian.
"Kalau ikutkan keadaan saya sudah 80 peratus baik. Bagaimanapun badan saya mungkin masih perlu masa untuk sesuaikan dengan keadaan sebab ia bukan tulang yang asal.
“Saya fikir lepas pembedahan boleh rasai apa itu normal, tapi sampai sekarang belum dapat keselesaan seperti yang saya impikan.
“Rasa sakit itu bukan berpunca dari besi yang digunakan untuk betulkan bahagian tulang belakang tetapi disebabkan besi sokongan lain yang perlu dimasukkan pada bahagian kiri dan kanan tubuh,” katanya ketika ditemui pada sesi wawancara sempena Konsert Nurkasih di studio Ukay Perdana, Ampang baru-baru ini.
Konsert Nurkasih turut dijayakan anggota Slam yang lain seperti, Shah (gitaris), Eddie (keyboard), Lili (bes) dan Man (dram), dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, pada 6 Ogos ini.
Tambah Zamani, kesakitan yang dialami lebih menyeksa berbanding sebelum menjalani pembedahan. Namun, pelantun Gerimis Mengundang itu tidak sesekali menyesal melakukan pembedahan, menurut laporan Sinar Harian.
Bahkan kesakitan itu masih boleh ditanggung dan ia bukanlah pada tahap yang membimbangkan.
"Saya ada juga berjumpa dengan doktor dan dia maklumkan tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan dan tubuh saya akan boleh menerima sedikit masa lagi.
"Alhamdulillah, saya lebih bersyukur dengan keadaan sekarang cuma kena biasakan diri dengan rasa sakit itu,” jelasnya.
Oleh itu, Zamani masih berjaga-jaga melakukan sebarang aktiviti harian biarpun pergerakannya masih lagi terbatas.
"Bagaimanapun saya tetap teruskan aktiviti seni seperti biasa, kalau penat saya duduk," ujarnya.
Awal dari itu, Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis pada November tahun lalu.
Prosedur membetulkan tulang melengkung di sebuah hospital swasta itu mengambil masa hampir tujuh jam dan penyanyi berkenaan perlu ditidurkan sebelum pembedahan dilakukan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.