Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Zamani harap dapat berdiri tegak semula selepas pembedahan

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Penyanyi kumpulan Slam, Zamani berharap beliau dapat berdiri tegak semula selepas menjalani pembedahan bagi menyembuhkan penyakit skoliosis yang menyebabkan tulang belakangnya membengkok.

Menurut Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, 51 tahun, pembedahan yang dijangka berlangsung pada November ini akan dilakukan bagi memperbetulkan urat tunjangnya.

“Alhamdulillah buat masa sekarang kesihatan saya dalam keadaan yang baik cuma masalah utama saya sekarang ni adalah urat tunjang."

“Pembedahan ni pun dilakukan untuk nak memperbetulkan urat tunjang tu. Saya harap lepas pembedahan nanti, saya boleh berdiri tegak semula,” kata Zamani sewaktu menjadi tetamu program MeleTOP yang bersiaran secara langsung pada malam Selasa (20 Sep), dipetik daripada Astro Awani.

Dalam pada itu, Zamani yang bakal membuat persembahan di Konsert Doa Buat Zamani pada 30 September ini di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert ini diadakan bagi membantu Zamani mendapatkan dana selepas pembedahan untuk dirinya menjalani kehidupan seharian selepas itu.

“Saya akan menjalani pembedahan selepas konsert, dan pembedahan akan berlangsung pada hujung tahun nanti,” ujarnya lagi, menurut Astro Awani. 

Konsert yang dijadualkan berlangsung selama 90 hingga ke 120 minit ini dibuat dalam versi 'unplugged' dan akan dihadiri oleh rakan-rakan seni tanah air yang lain.

Antara yang akan bersama-sama dalam konsert itu ialah Fauziah Latif, Ramli Sarip, Rahim Maarof serta penampilan istimewa oleh Aznil Nawawi.

Sumber : Agensi berita/SS/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan