Zamani buat persediaan mental, akan ditidurkan semasa pembedahan tulang belakang
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Penyanyi Zamani Ibrahim, 51 tahun, sudah mempersiapkan diri untuk menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras pada 7 November ini.
Zamani berkata, persediaan mental adalah perkara paling utama dititik beratkan berikutan pembedahan besar. Kali terakhir beliau pernah melakukan pembedahan membuang batu karang, kira-kira 20 tahun lalu, seperti dinukil daripada BH Online.
"Perasaan takut tetap ada, tetapi bukanlah disebabkan bimbang perkara buruk berlaku. Segala-galanya saya serahkan kepada ketentuan Allah.
"Saya agak takut kerana ini adalah pembedahan besar pertama yang dilalui. Saya dimaklumkan pembedahan akan mengambil masa selama dua setengah jam.
"Saya akan ditidurkan ketika pembedahan. Dari segi persiapan fizikal, saya mengikut saranan doktor mengamalkan diet dan mengambil banyak vitamin.
"Sebelum ini, saya hanya pernah melakukan pembedahan kecil membuang batu karang," katanya kepada BH Online selepas majlis bacaan yasin dan doa selamat secara virtual, pada Rabu malam (2 Nov).
Berkongsi mengenai keadaan diri selepas pembedahan, penyanyi Syair Si Pari Pari itu berkata, beliau memerlukan rehat sehingga tiga bulan sebelum kembali bekerja.
"Mengikut penerangan doktor, saya boleh pulih dalam tempoh dua hingga enam minggu bergantung kepada daya ketahanan tubuh.
"Sepanjang tempoh ini, saya perlu mendapatkan rawatan susulan dan menjalani latihan fisioterapi.
"Bagaimanapun, saya akan pulih hingga boleh kembali aktif mungkin memakan masa sehingga tiga bulan. Itupun bergantung pada kekuatan antibodi," ujar vokalis kumpulan Slam itu kepada BH Online.
Pada majlis itu, Zamani mengharapkan peminat dapat mendoakan kesejahteraan dan urusan pembedahannya berjalan lancar serta dipermudahkan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.