Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Zamani akui kesihatan merosot gara-gara 'ponteng' rawatan fisioterapi

Anggaran Waktu Membaca:
Zamani akui kesihatan merosot gara-gara 'ponteng' rawatan fisioterapi

(Gambar fail: zamanislam_official/Instagram)

KUALA LUMPUR: Gara-gara 'ponteng' rawatan fisioterapi kerana sibuk bekerja, penyanyi Zamani mengaku keadaan kesihatannya sedikit merosot ketika ini.

Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 52 tahun, berkata kesan itu dialami berikutan tidak menjalani rutin apabila mula sakit pada bahagian belakang badan.

"Keadaan kesihatan saya merosot sedikit sebab saya tidak menjalani latihan fisioterapi. Saya hanya sempat buat sebulan setengah sebelum berhenti kerana terlalu sibuk memenuhi undangan persembahan.

"Kesan dialami rasa sakit pada bahagian pinggang ke bawah. Selepas menjalani pembedahan, saya okay sahaja setiap kali pulang mengadakan persembahan sejak enam bulan lalu.

"Namun, sekarang sudah mula sakit badan. Doktor bising bila mengetahui perkara sebenar," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada sidang media Konsert Konsert Kasih Pengasih 2023 di Rumah Pengasih, Bukit Tunku, pada Selasa (30 Mei).

Tidak mahu keadaan kesihatan menjejaskan kerjaya nyanyian, penyanyi Syair Si Pari-Pari itu memaklumkan, beliau bagaimanapun sudah membuat temu janji untuk menyambung rawatan fisioterapi itu.

"Sepatutnya, saya kena jalani rawatan fisioterapi sehingga keadaan benar-benar pulih. Sebelum ini, saya perlu berlatih dua kali seminggu.

"Tetapi, sekarang saya kena pergi dua minggu sekali. Saya akan kembali menjalani fisioterapi, dua minggu lagi," katanya, dipetik daripada agensi berita BH Online.

Ditanya adakah berkemungkinan tulang belakang kembali bengkok jika berterusan melakukan latihan, Zamani meluahkan rasa syukur kerana risiko itu tidak berlaku.

"Kalau pembedahan membabitkan 'disc' mungkin berisiko tinggi. Tetapi, keadaan saya berbeza.

"Namun, kalau saya tak jaga betul-betul, tidak mustahil perkara ini boleh berlaku.

"Sebelum ini, doktor mengizinkan saya kembali aktif bekerja kerana menganggapnya sebagai salah satu kaedah rawatan.

"Bagaimanapun, doktor nasihatkan saya kembali berehat jika keadaan semakin mudarat," kata vokalis kumpulan Slam itu, lapor BH Online.

Sementara itu, Zamani memberitahu, dana yang dikumpul untuknya bagi menampung kos pembedahan dan rawatan masih lagi berbaki.

"Dana ini memang saya ketepikan untuk kos perubatan perubatan termasuk rawatan susulan atau membeli barangan berkaitan.

"Saya tak guna untuk tujuan lain, malah jumlahnya masih ada separuh lagi," kata Zamani.

Pada November tahun lalu, Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang akibat penyakit 'scoliosis' atau tulang belakang melengkung di sebuah pusat perubatan swasta.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan