Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Zahiril Adzim tolak tawaran Hollywood, pegang teguh prinsip peribadi

Anggaran Waktu Membaca:
Zahiril Adzim tolak tawaran Hollywood, pegang teguh prinsip peribadi

Gambar: GEMPAK

Diterbitkan : 08 Sep 2022 03:25PM Dikemas Kini : 08 Sep 2022 03:25PM
KUALA LUMPUR: Pelakon Zahiril Adzim akui tidak kecewa menolak tawaran berlakon dengan produksi Hollywood yang menuntutnya untuk melakonkan adegan ranjang kerana ia melanggar prinsipnya sebagai seseorang yang beragama Islam.

Menurut Astro Gempak, Zahiril tidak teragak-agak dan terus menolak tawaran tersebut sebaik sahaja membaca skrip.

“Saya pernah tolak tawaran casting dengan produksi Hollywood beberapa tahun lepas, sudah lupa judulnya tetapi saya tolak juga.

“Saya baca skrip itu, belum apa-apa sudah ada babak atas katil jadi saya terus ucap selamat tinggal. Skrip itu menuntut saya dan pelakon wanita itu berbogel separuh badan. Tidak, tak boleh. Saya tidak mahu lakukannya,” katanya ketika ditemui Gempak selepas tayangan filem Ada Hantu 2 pada Selasa (6 Sep).

Jelas Zahiril lagi, walaupun mempunyai keinginan untuk melebarkan sayap ke pentas antarabangsa namun beliau tidak akan sesekali melupakan hukum agama.

“Saya bukanlah mengejar sangat Hollywood tapi kalau diberi peluang, siapa yang tidak mahu. Tetapi kalau terpaksa melanggar (hukum) seperti itu, saya rela tolak.

“Memang sepatutnya seorang pelakon ini kena buat apa sahaja untuk watak mereka tetapi bergantung pada pelakon. Saya ada pendirian, prinsip saya sendiri dan tidak akan sesekali saya ketepikan perkara tersebut,” jelasnya, seperti dinukil Gempak.
Sumber : Agensi berita/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa