Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Youtuber terkenal Mark Wiens jadi hos siri HBO tentang makanan SG

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mark Wien sudah menempa nama sebagai antara vlogger makanan terkenal di internet, di mana beliau berkongsi rasa cintanya pada makanan jalanan kepada sembilan juta pengikutnya di Youtube dan meraih lebih dua bilion tontonan.

Di lamannya, Wiens menyifatkan dirinya sebagai seorang yang gemar makan, suka melancong, seorang penulis, blogger, pengacara video dan penggemar kopi. Kini, beliau boleh menambah gelaran sebagai 'pengacara siri makanan di televisyen' ke dalam senarai yang makin panjang itu.

Bertumpukan kepada obsesi Singapura dengan makanan, penerbitan HBO Asia Original ini adalah siri pertama tanpa skrip yang dihoskan oleh Wiens. Siri sepanjang enam episod itu akan ditayangkan pada 18 November dan akan menceritakan tentang kisah-kisah yang belum diketahui serta sejarah pelbagai makanan di Singapura, dari 'fine dining' hingga ke makanan kegemaran setiap orang di pusat penjaja.

Diarahkan oleh Gillian Tan, seorang warga Singapura, setiap episod akan memaparkan panel tetamu terkenal yang terdiri daripada tukang masak 'fine dining', veteran masak-memasak dan seorang penjaja makanan.

"Selain daripada mencuba makanan yang sedap dan meneroka kepelbagaian budaya makanan Singapura, perkara yang paling mendatangkan kepuasan adalah mendapat tahu kisah pemilik restoran dan bagaimana mereka mengejar cita-cita mereka, kadangkala dengan melalui banyak cabaran, yang begitu menyerlah dalam rasa air tangan mereka," kata Weins.

"Tidak dapat dinafikan makanan begitu penting dalam kehidupan kita dan ia menyatukan kita. Ia adalah satu penghormatan yang besar bagi saya untuk menyertai siri Food Affair. Saya berterima kasih atas peluang ini dan berterima kasih kepada mereka yang menjayakan usaha ini," tambah beliau.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan