Yasin terlepas tali gantung; bebas tuduhan edar dadah
Penyanyi nasyid Yasin Sulaiman terlepas hukuman gantung sampai mati berhubung tuduhan mengedar ganja dianggarkan seberat 214g pada Mac lalu.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Penyanyi nasyid Yasin Sulaiman terlepas hukuman gantung sampai mati berhubung tuduhan mengedar ganja dianggarkan seberat 214g pada Mac lalu, lapor mStar.
Mahkamah Majistret Petaling Jaya melepaskan tanpa membebaskannya daripada tuduhan tersebut menerusi prosiding pada Rabu (6 Jul).
Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47 tahun, melahirkan rasa syukur dan menyifatkan keputusan itu sebagai perkembangan positif bagi dirinya.
"Alhamdulillah, saya baik... Saya ikut segala proses dan peruntukan undang-undang dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini," kata Yasin kepada mStar.
Atas tuduhan itu, Yasin boleh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan jika tidak dihukum sampai mati, dia boleh disebat tidak kurang 15 kali jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding hari ini, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi Yasin dituduh semula bagi tuduhan baru di Mahkamah Sesyen iaitu memiliki dadah seberat 193.7g.
Tuduhan baru itu iaitu memiliki kanabis, kemudian dibacakan terhadap Yasin dan dia mengaku tidak bersalah.
Bagi kesalahan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 kali jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu, Yasin bertekad meneruskan perjuangannya meluluskan perubatan kanabis untuk digunakan sebagai salah satu kaedah perubatan di Malaysia.
"Bagi saya perjuangan sekarang adalah untuk meluluskan perubatan kanabis, kes saya ini tidak mengapa, kita ikut prosedur hingga ke akhirnya...hukum ke tidak, tidak mengapa, tiada masalah," katanya kepada mStar.
Mahkamah menangguhkan kes itu bagi sebutan semula pada 22 Ogos ini.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.