Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Yasin sempat tulis lagu berjudul ‘Bebas Aku’ di penjara

Anggaran Waktu Membaca:

SUNGAI BULOH: Penyanyi Yasin Sulaiman sempat menghasilkan sebuah lagu baru meskipun berada di sebalik tirai besi di Penjara Sungai Buloh berikutan tuduhan mengedar dadah jenis kanabis.
 

Lagu baru berjudul ‘Bebas Aku’ itu dikongsi di laman Instagram miliknya pada Ahad (8 Mei), lapor BH Online menukil rencana Astro Gempak.

“Lagu ini dicipta oleh Yasin semasa di Penjara Sungai Buloh. Yasin meminta lirik lagu ini dikongsikan dalam Instagram untuk sahabat, teman dan peminat,” tulisnya.

Menerusi perkongsian lirik berkenaan, Yasin seperti meminta pertolongan bahawa dirinya mahu dibebaskan dari penjara, lapor BH Online.

Malah, dia turut memaklumkan bait-bait yang dia baik-baik sahaja dan tidak mahu orang ramai berasa susah hati.

“Ku utuskan kata-kata di sebalik tirai besi, tanpa dapat ku titiskan air mata sepi, bila ku katakan semuanya baik di sini, ku tak ingin engkau rasa susah hati.

“Hatiku berkecai seolah sudah tiada, dan jiwaku ini terus meronta, ingin bebas dan bersamamu semula,” begitulah catatan lirik meruntun jiwa yang dikongsikan di dalam Instagram tersebut.

Turut dikongsikan adalah kredit hasil ciptaan lagu tersebut yang melodinya tertera bahawa nama Yasin selaku komposer dan penulis lirik dan dibantu oleh Jo Tan di Klinik Penjara Sungai Buloh, menurut laporan di BH Online itu lagi.

Dalam pada itu juga, turut disertakan waktu lagu tersebut ditulis iaitu pada Syawal 1443 Hijrah bersamaan dengan Mei 2022.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan