Skip to main content

Hiburan

Yasin perlu rawatan pakar psikiatri dengan segera: Peguam bela

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer Malaysia, Yasin Sulaiman yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor perlu mendapatkan rawatan pakar psikiatri dengan segera.

Peguamnya, Yusmadi Yusoff berkata beliau sendiri sudah bertemu Yasin, 47 tahun, minggu lepas dan anak guamnya itu meminta supaya rawatan ke atas dirinya disegerakan, lapor Astro AWANI.

Katanya, walaupun secara fizikal Yasin dilihat sihat dan mendapat penjagaan yang baik daripada pihak penjara, namun kesihatan mentalnya memerlukan pemerhatian pakar.

Astro AWANI melaporkan selain Yasin, ahli keluarga komposer lagu Mimpi Laila itu sendiri sudah merujuk kepada beliau untuk memberi rekod-rekod rawatan Yasin.

"Ia termasuk rawatan dengan pakar di Hospital Pantai dan kami (pasukan peguam) dalam proses mendapatkan rekod rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (kini dikenali Hospital Canselor Tuanku Muhriz) yang beliau dimasukkan selama hampir lebih dua minggu pada 2009.

"Melalui Yasin, saya sudah mendapat nama-nama doktor yang beliau pernah mendapatkan rawatan kerana proses untuk mendapatkan laporan-laporan ini perlu melalui prosedur termasuk mendapatkan kebenaran daripada pesakit kerana melibatkan rekod peribadinya," ujarnya seperti dilaporkan Astro AWANI.

Mengulas lanjut, Encik Yusmadi menjelaskan bahawa Yasin tidak berselindung berkenaan penyakit yang dialaminya kerana perkara tersebut telah berada di ruang awam seperti video atau berita sejak beberapa tahun yang lalu.

Sebelum ini, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara dan menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita