Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

XX Ray 3 bakal ditayangkan bulan ini

Sebut sahaja tentang filem Melayu genre fiksyen sains era tahun 1990-an, pasti dua tajuk akan muncul di ingatan: XX Ray dan XX Ray 2. Bagi para peminat kedua-dua filem itu, mereka pasti bergembira kerana setelah dua dekad menyepi, sebuah filem baru dalam francais XX Ray akan diterbitkan.

Anggaran Waktu Membaca:
XX Ray 3 bakal ditayangkan bulan ini

Poster promosi filem XX Ray III (Gambar: Instagram/Aziz M Osman)

Diterbitkan : 02 Jan 2019 10:31PM Dikemas Kini : 02 Jan 2019 10:38PM

MALAYSIA: Sebut sahaja tentang filem Melayu genre fiksyen sains era tahun 1990-an, pasti dua tajuk akan muncul di ingatan: XX Ray dan XX Ray 2.

Bagi para peminat kedua-dua filem itu, mereka pasti bergembira kerana setelah dua dekad menyepi, sebuah filem baru dalam francais XX Ray akan diterbitkan.

XX Ray 3, arahan Aziz M Osman, bakal menemui penonton di pawagam merata Nusantara Januari ini, menurut poster dan trailer promosi yang kerap beliau muat naikkan di akaun Instagram peribadinya baru-baru ini.

Meskipun sudah masuk filem ketiga dalam francais itu, Aziz seolah-olah membayangkan bahawa penerbitannya bukan sesuatu perkara mudah.

“Apabila buat sesuatu kelainan memang akan ada risiko tinggi. Mungkin ada sesetengah penerbit mahu play safe," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

“Biasa filem macam ni produksi bajet besar seperti Hollywood saja nak buat kerana ia seakan-akan mahu bunuh diri".

Malah, Aziz, 56 tahun, turut akur perbezaan antara filem beliau dengan karya-karya yang menelan belanja lebih besar dari Barat.

“Jika nak dibandingkan dengan Marvel memang tak mampu terlawan," kata beliau seperti ditukil Malaysiakini, merujuk kepada filem-filem wirasatria berdasarkan komik-komik Marvel yang kian popular sejak beberapa tahun lalu.

Meskipun mungkin terdapat jurang dari segi saiz perbelanjaan penerbitan, ini tidak sama sekali bermakna filem XX Ray terbaru itu tidak relevan bagi masyarakat hari ini.

Malaysiakini melaporkan filem XX Ray 3 tiada kaitan dengan XX Ray dan XX Ray 2 yang masing-masing diterbitkan pada 1992 dan 1995.

Sebaliknya, ia berkisarkan pada tema alam sekitar - sesuatu isu yang hari ini diberi perhatian oleh pelbagai pihak sehingga ke tahap pemimpin antarabangsa.

Filem XX Ray 3 dijayakan para pelakon termasuk Izzue Islam, Ardell Aryana, Adam John, Ashraf Muslim, Dazrin Kamarudin dan Jalaludin Hassan.

Adakah barisan artis-artis handal ini akan berjaya mempopularkan sekali lagi francais XX Ray dan mengetengahkan isu pemuliharaan alam ke khalayak ramai dengan berkesan?

Hanya penonton dapat menjadi penilainya bermula 24 Januari ini.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan