Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Wings tidak sabar beraksi di F1 Grand Prix S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Wings tidak sabar beraksi di F1 Grand Prix S'pura

Kumpulan Wings. (Gambar: Shiraz Projects/Facebook)

Diterbitkan : 29 Aug 2022 09:41AM Dikemas Kini : 29 Aug 2022 09:44AM
KUCHING: Kugiran rock terkemuka Malaysia, Wings, berharap penampilan pertama mereka di pentas antarabangsa pada bulan depan akan menjadi pembuka pintu untuk terus kukuh dalam industri hiburan.

Vokalis utamanya, Awie berkata, mereka sangat teruja kerana ia langkah pertama mereka ke arena global selepas 37 tahun aktif di pentas, menurut Astro AWANI.

"Kami berlatih siang malam tanpa jemu untuk tujuan ini," katanya ketika ditemui selepas mengadakan konsert Wings: One Night Only Live In Kuching di Hotel Riverside Majestic di Kuching.

Dalam konsert tersebut, Wings yang dianggotai lima pemuzik menyampaikan 16 lagu, bermula dengan Pentas Opera, lapor Astro AWANI.

Ia diikuti dengan beberapa lagu hit kugiran itu seperti Taman Rashidah Utama, Bujang Senang, Sejati dan Gemuruh.

Pelantun yang nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman berkata, persembahan pada 30 September kelak akan berlangsung di Singapura, sempena Perlumbaan F1 di negara tersebut, lapor Astro AWANI.



Artis lain yang turut membuat persembahan termasuk Green Day, Westlife, Marshmello dan Black Eyed Peas.

Ditanya tentang pelibatannya dalam bidang lakonan, Awie berkata, beliau ada merancang untuk Wings berlakon bersama dalam drama bersiri.

"Tetapi permintaan untuk kami ketika ini masih 'mengganas'.

"Mungkin pada tahun depan, setelah keadaan reda dan kami dapat berehat, kita akan merealisasikan perancangan ini," tambahnya lagi.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan