Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Wings tampil di pentas F1 Grand Prix S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Wings tampil di pentas F1 Grand Prix S'pura

(Gambar: Singapore GP)

Diterbitkan : 06 Aug 2022 04:54PM Dikemas Kini : 06 Aug 2022 04:54PM

SINGAPURA: Kumpulan rock legenda Malaysia Wings akan membuat persembahan di Formula 1 Grand Prix Singapura tahun ini, menurut GP Singapura pada Jumaat (5 Ogos). 

Kumpulan terkenal yang diketuai penyanyi dan pelakon Awie itu, antara barisan bintang dalam konsert tahun ini yang akan menyemarakkan acara F1 pada Jumaat (30 Sep). 

Anggota lain Wings ialah Sham, Eddie dan Black.

Sejak membuat penampilannya pada 1985, Wings sudah menerbitkan 11 album studio dan menjual hampir dua juta rekod. Hit paling terkenal termasuk Sejati dan Taman Rashidah Utama. 

Artis lain dalam barisan acara penuh gah di F1 tahun ini termasuk Black Eyed Peas, Green Day, The Kid Laroi, Marshmello, Suede dan TLC. 

Persembahan lebih kecil dan akan bergerak dari tempat ke tempat juga akan menyemarakkan acara tersebut, menurut GP Singapura. 

Barisan artis lain yang akan beraksi di sekitar Circuit Park termasuk kumpulan pop indie Amerika iDKHOW, kumpulan folk indie dari Kerala When Chai Met Toast, penyanyi dan penggubah lagu Singapura Inch Chua dan rapper Shigga Shay. 

GP Singapura juga memberi kesempatan kepada industri seni tempatan untuk menampilkan bakar mereka  dengan adanya pameran karya seni oleh 8EyedSpud, HAFI dan Paper Carpenter. 

Tiket bagi GP Singapura bermula dari S$98 bagi pas Zone 4 Walkabout satu hari pada Jumaat sehingga S$9,898 yang memberi akses ke Paddock Club Formula 1. 

Lebih banyak maklumat boleh didapati di laman web Grand Prix Singapura.

Sumber : CNA/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa