Skip to main content

Hiburan

Wicked: For Good raih rekod AS$150 juta pada pembukaan di Amerika Utara

Wicked: For Good meraih AS$150 juta (S$196 juta) di Amerika Syarikat dan Kanada pada hujung minggu pembukaannya, sekali gus mencatat rekod bagi adaptasi filem daripada muzikal Broadway dan tersenarai antara muzikal filem berprestasi terbaik sepanjang zaman, menurut pihak studio.
Anggaran Waktu Membaca:
Wicked: For Good raih rekod AS$150 juta pada pembukaan di Amerika Utara
Cynthia Erivo dan Ariana Grande menghadiri tayangan perdana filem Wicked: For Good di New York City. (Gambar fail: REUTERS/Kylie Cooper)
AMERIKA UTARA: Wicked: For Good meraih AS$150 juta (S$196 juta) di Amerika Syarikat dan Kanada pada hujung minggu pembukaannya, sekali gus mencatat rekod bagi adaptasi filem daripada muzikal Broadway dan tersenarai antara muzikal filem berprestasi terbaik sepanjang zaman, menurut pihak studio.

Bahagian kedua bagi adaptasi Wicked yang ditayangkan di pawagam, yang menemukan semula watak Elphaba lakonan Cynthia Erivo dan Glinda lakonan Ariana Grande, mencatat pembukaan hujung minggu domestik ketiga terbaik bagi sebuah muzikal, di belakang filem versi fotorealistik The Lion King (2019) terbitan Disney dan pembuatan semula Beauty And The Beast (2017), menurut Universal Pictures dan data pecah panggung Comscore.

Wicked: For Good turut membantu merancakkan kembali pasaran pecah panggung Amerika Utara yang muram selama sembilan minggu berturut-turut, selepas jualan tiket gagal mencecah AS$100 juta (S$130.71 juta), menurut Comscore.

“Adalah sangat luar biasa untuk melihat segala usaha keras pembuat filem kami, Marc Platt dan Jon Chu, serta barisan pelakon hebat kami Ariana Grande, Cynthia Erivo dan Jonathan Bailey selama bertahun-tahun, dan melihat ia membuahkan hasil yang begitu cemerlang adalah sesuatu yang amat memuaskan,” kata Jim Orr, presiden pengedaran teater domestik Universal.

Muzikal tidak selalu menarik minat para penonton filem. Contoh adaptasi filem muzikal Broadway yang meraih kutipan sederhana seperti Dear Evan Hansen dan In The Heights jauh lebih banyak berbanding kejayaan besar di pawagam seperti versi filem muzikal ABBA, Mamma Mia!
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita