Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Westlife umumkan satu lagi tarikh bagi konsert di S'pura

Anggaran Waktu Membaca:
Westlife umumkan satu lagi tarikh bagi konsert di S'pura

Westlife menambah satu lagi tarikh bagi konsert mereka di Singapura. (Gambar: Aaron Chown/PA melalui AP)

SINGAPURA: Kugiran pop Westlife mengumumkan satu lagi tarikh baru bagi konsert mereka di Singapura, menyusuli tiket yang habis dijual bagi konsert di Stadium Tertutup Singapura pada 16 Februari 2023.

Dalam catatannya di media sosial pada Isnin (10 Okt), kumpulan asal Ireland itu mengumumkan tarikh kedua bagi konsert mereka - 17 Februari - dan bahawa tiket-tiket bagi tarikh itu akan mula dijual pada pukul 12.00 tengah hari lusa (13 Okt).

Tiket-tiket berharga antara S$128 dengan S$258, tanpa mengira yuran pengendalian tiket S$4.

Baru-baru ini, kugiran itu membuat persembahan di konsert Grand Prix Singapura F1 pada 1 Oktober.

Hanya dua hari kemudian, kumpulan itu mengumumkan mereka bakal kembali ke Singapura bagi mengadakan konsert pada bulan Februari, sebagai sebahagian daripada 'Wild Dreams Tour'.

Mereka juga akan membuat persembahan di Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia dan Filipina sebagai sebahagian daripada jelajah mereka.

"Kami selalu teruja untuk kembali ke Asia bagi menemui para peminat kami. Selepas apa yang berlaku di dunia sejak beberapa tahun lalu, jelajah ini sangat bermakna bagi kami berbanding jelajah-jelajah sebelum ini," jelas mereka melalui kenyataan media.

"Ia akan menjadi satu sambutan besar-besaran dan akan merapatkan lagi kami dengan paar epminat kami. Kami sedang merancang beberapa persembahan menakjubkan, yang merangkumi semua lagu-lagu hit kami dan beberapa kejutan khas."

Westlife kini dibentuk empat daripada lima anggota asalnya: Nicky Byrne, Kian Egan, Shane Filan dan Mark Feehily.

Lagu-lagu hit mereka termasuk 'Swear It Again', 'Flying Without Wings', 'If I Let You Go', 'Uptown Girl' dan 'Hello My Love'.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan