Westlife kembali temui peminat S'pura pada Feb
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sejurus selepas persembahan mereka yang padat dengan lagu-lagu balada di konsert Grand Prix F1 di Singapura pada Sabtu (1 Okt), Westlife kini akan melakukan jelajah dunia dan kembali ke Singapura pada tahun depan.
Kali ini, kugiran pop asal Ireland itu akan berada di negara ini bagi 'The Wild Dream Tour' dan bakal membuat persembahan di Stadium Tertutup Singapura pada 16 Februari 2023.
Tiket-tiket berharga antara S$128 hingga S$258, tidak termasuk yuran pengendalian tiket sebanyak S$4, dan akan dijual bermula 12.00 tengah hari pada 6 Oktober.
Kumpulan tersebut membuat pengumuman itu pada Isnin (3 Okt), dua hari selepas persembahan mereka yang mendapat sambutan hangat.
Persembahan mereka itu diadakan dalam konsert selepas perlumbaan kelayakan Grand Prix F1.
"SINGAPORE F1!! Anda menakjubkan! Mahu lakukannya sekali lagi?" tulis kugiran itu dalam catatan mereka di Instagram.
Menyusuli jelajah 'The Twenty Tour' yang memecah rekod pada 2019, di mana Westlife membuat persembahan di hadapan lebih 600,00 peminat di 27 bandar, kumpulan empat anggota itu akan memulakan jelajah barunya sempena album studio ke-12, yang dikeluarkan pada November 2021.
Selain Singapura, Westlife juga akan ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia dan Filipina untuk mendendangkan lagu-lagu hit mereka seperti 'Swear It Again', 'Flying Without Wings', 'If I Let You Go', 'Uptown Girl' dan 'Hello My Love'.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.