Wany Hasrita sah bergelar isteri dengan dua kali lafaz
Pelantun lagu Menahan Rindu berusia 30 tahun itu menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian.
Anggaran Waktu Membaca:
Wany Hasrita sah bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun. (Gambar: WSVS.Co/Instagram)
PETALING JAYA: Penyanyi Wany Hasrita selamat bernikah dengan Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, dengan dua kali lafaz pada jam 9.11 malam tadi (22 Jul), lapor BH Online.
Pelantun lagu Menahan Rindu berusia 30 tahun itu atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian.
Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan serta tiada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.
Wany turut melahirkan rasa syukur majlisnya itu berjalan lancar.
"Alhamdulillah, saya bersyukur majlis pernikahan ini lancar dan dipermudahkan Allah.
"Terima kasih kepada emak, ayah, keluarga, rakan-rakan, media dan peminat yang tanpa jemu menitipkan doa yang baik-baik buat saya tidak kira untuk kerjaya mahu pun peribadi.
"Insya-Allah, ini adalah fasa baru buat saya dan suami. Perjalanan kami masih panjang. Tanggungjawab menjadi isteri dan dalam masa sama bergelar anak seni akan saya cuba berikan yang terbaik.
"Cuma, selepas ini tentu saja keluarga menjadi keutamaan saya.
"Saya berdoa semoga segala-galanya dipermudahkan. Paling penting, saya mohon semua pihak mendoakan yang terbaik buat saya dan suami dalam melayari bahtera perkahwinan ini," katanya kepada BH Online.
Wany juga berkongsi Mohd Al-Adib Fahmi bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak dan mula rapat dengannya sejak 2019.
"Tidak ada istilah 'declare' menjadi kekasih dalam perhubungan kami. Masing-masing faham perasaan dan hati. Akhirnya, kami putuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius," kata Wany.
Menurut beliau lagi, mereka bertunang pada 26 Februari lalu.
Memilih untuk merahsiakan hubungan yang dibina, Wany juga berkata perkara itu lebih kepada menghormati peribadi suaminya.
"Bukan rahsia sebenarnya. Saya pun belajar daripada pengalaman sebelum ini yang mana selagi belum ada ketetapan yang sahih dalam perhubungan itu tidak perlu dikongsikan.
"Itu sebab dalam perhubungan kali ini, saya ambil pendekatan begitu. Biar semuanya sudah 'confirm' barulah kita kongsikan.
"Lagi pula dia juga bukan seorang yang cenderung kepada media sosial. Dia tak suka menonjolkan diri apatah lagi di media sosial.
"Jadi saya kena belajar untuk menjaga privasi itu. Walaupun dia jenis tak kisah, tapi saya sendiri yang nak menjaga atas dasar menghormati," katanya kepada BH Online.
Majlis pernikahan itu dihadiri sekitar 300 tetamu termasuk kedua-dua keluarga, rakan rapat dan media.

Sumber : Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.