Wajah penyanyi SG Iman Fandi hiasi papan iklan Times Square, New York
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: imanfandi17/Instagram)
SINGAPURA: Penyanyi dan model tempatan Iman Fandi baru-baru ini dipaparkan pada papan iklan di Times Square di New York City sebagai sebahagian daripada kempen 'Equal' Spotify.
Inisiatif global itu menyokong muzik oleh artis wanita "menerusi pendidikan, inspirasi dan peluang menjalin hubungan" dan sudahpun memaparkan ratusan artis wanita lain.
Artis-artis tempatan yang dipaparkan sebelum ini di Times Square sebagai sebahagian daripada kempen yang sama termasuk Shazza pada 2023, Stefanie Sun pada 2022 dan Jasmine Sokko pada 2021.

Dalam satu catatan di Instragram, Iman berkongsi tentang pengalamannya, sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang diimpikan sejak kecil lagi.
"Tidak pernah dalam sejuta tahun saya fikir saya akan berada di (billboard) di NYC bersama Spotify! Saya masih ingat ketika menerima panggilan bagi peluang ini dan saya benar-benar tidak percaya sehinggalah kami perlu melakukan sesi bergambar pada keesokan hari! Mendapat sokongan Spotify dan Equal tidak hanya memberi saya inspirasi sebagai seorang artis wanita, malah ramai lagi untuk terus membuat muzik dan mencipta nama dalam industri."
Iman, satu-satunya anak perempuan kepada pemain bola sepak legenda negara Fandi Ahmad bersama bekas peragawati Wendy Jacobs, yang membuat penampilan pertamanya sebagai seorang penyanyi pada 2021 dengan lagu 'Timeframe' sudahpun mengeluarkan beberapa lagu sejak itu, termasuk 'Top Bop', 'Love Me Little More' dan 'Leave You On Read'.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.