Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Wajah artis Malaysia, Ernie Zakri sekali lagi hiasi papan iklan Times Square

Anggaran Waktu Membaca:
Wajah artis Malaysia, Ernie Zakri sekali lagi hiasi papan iklan Times Square

(Gambar: Instagram/universalmusic_my)

Diterbitkan : 20 Oct 2024 10:48AM Dikemas Kini : 20 Oct 2024 03:44PM
NEW YORK: Buat kali kedua, wajah dan nama Ernie Zakri dipaparkan di papan iklan ikonik Times Square, New York.

Pengiktirafan berprestij itu datang daripada EQUAL Spotify, satu inisiatif global yang meraikan artis wanita berbakat dari seluruh dunia, sekali gus mengangkat Ernie,32 tahun, sebagai duta seni muzik Malaysia di pentas antarabangsa.

“Alhamdulillah untuk kedua kalinya. Masih lagi bermimpi,” tulisnya di Instagram.

Kali pertama Ernie muncul di papan iklan tersebut ialah pada Mei tahun lalu, lapor Astro Awani.

Selain dipaparkan di Times Square, lagu Masing Masing hasil kolaborasi Ernie dan Ade Govinda, terus mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa, terutamanya di Indonesia.

Lagu itu berjaya menduduki pelbagai carta teratas di platform Spotify Indonesia, termasuk senarai 'Top Songs' dan 'Viral 50'.

Ernie juga merupakan antara artis Malaysia dengan jumlah pendengar bulanan tertinggi di Spotify, iaitu 3.1 juta.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan