Vince, Mawi & Stacy antara juara AF bakal berentap di Gegar Vaganza Fantasia
Anggaran Waktu Membaca:
Gegar Vaganza Musim 13 (GV13) bakal menghimpunkan juara-juara Akademi Fantasia. (Gambar: Instagram/medialahmy)
Vince, Mawi and Stacy among Akademi Fantasia champions to compete in Gegar Vaganza Fantasia
- To mark Astro’s 30th anniversary, the 13th season of Gegar Vaganza brings together champions from the first 12 seasons of Akademi Fantasia in tribute to the legacy of a programme that has shaped Malaysia’s entertainment industry.
- Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Shahir, Faizul and Firman will compete from 8 November at 9pm, live on Astro Ria, with their experience and vocal prowess expected to make for a competitive contest and emotional performances.
- The programme is hosted by Nabil Ahmad, Jihan Muse and Sherry Alhadad, while Ramli MS, Hetty Koes Endang and Syafinaz Selamat are the permanent judges, alongside guest judges drawn from former Akademi Fantasia instructors.
- As part of the celebrations, Astro is also holding the Sooka Ria Festival Concert on 5 November and the Vaganza Festival Concert on 6 November, featuring Malaysian artistes as well as Indonesian groups The Lantis and Tenxi’s.
- Sempena ulang tahun ke-30 Astro, Gegar Vaganza musim ke-13 menghimpunkan juara Akademi Fantasia musim pertama hingga ke-12 sebagai penghormatan kepada legasi program yang membentuk industri hiburan Malaysia.
- Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Shahir, Faizul dan Firman bersaing mulai 8 November, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria, dengan pengalaman serta kehebatan vokal mereka dijangka membawa persaingan dan persembahan beremosi.
- Program ini dikendalikan Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad, manakala Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz Selamat menjadi juri tetap, bersama juri jemputan daripada bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia.
- Sebagai pelengkap sambutan, Astro turut mengadakan Konsert Pesta Sooka Ria pada 5 November dan Konsert Pesta Vaganza pada 6 November, menampilkan artis Malaysia serta kumpulan Indonesia The Lantis dan Tenxi’s.
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan ulang tahun ke-30 Astro, program realiti hiburan paling berprestij, Gegar Vaganza (GV), bakal tampil dengan musim paling istimewa dalam sejarah penganjurannya dengan menghimpunkan juara-juara Akademi Fantasia (AF) dari musim pertama hingga musim ke-12.
Ia dijangka menjadi sebuah pertandingan yang sarat dengan nostalgia, persaingan sengit dan detik-detik bersejarah buat industri hiburan, menurut laporan Astro Gempak.
Gegar Vaganza Musim 13 bakal bersiaran secara langsung mulai 8 November, pada pukul 9.00 malam, di Astro Ria.
Buat julung-julung kalinya, Gegar Vaganza Musim 13 (GV13) akan menyatukan juara-juara Akademi Fantasia yang pernah mencetuskan fenomena dan mewarnai perjalanan industri muzik Malaysia.
Mereka bakal kembali berkongsi pentas untuk membuktikan kehebatan vokal, karisma dan ketahanan mereka sebagai antara bintang realiti paling berpengaruh di negara tersebut.
GV13, yang merupakan antara acara utama sempena sambutan ulang tahun ke-30 Astro, juga lebih daripada sekadar sebuah pertandingan nyanyian.
Ia juga merupakan penghargaan kepada legasi Akademi Fantasia, program realiti ikonik yang mencetuskan fenomena luar biasa dan mengubah landskap hiburan Malaysia.
Melalui GV13, penonton akan dibawa menyusuri semula detik-detik kegemilangan yang melahirkan generasi artis realiti pertama negara, yang seterusnya mencipta impak besar serta mewarnai industri hiburan Malaysia hingga ke hari ini.
GV13 bakal menampilkan Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Shahir, Faizul dan juga Firman yang berentap untuk merebut gelaran juara di pentas berprestij tersebut.
GV13 juga akan terus dimeriahkan dengan penampilan tiga hos iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.
Menurut Gempak, barisan juri turut mengekalkan tiga nama besar dalam industri muzik, iaitu Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz Selamat.
Lebih menarik lagi, musim kali ini turut menampilkan juri jemputan khas dalam kalangan bekas tenaga pengajar Akademi Fantasia yang akan berkongsi pandangan dan pengalaman mereka sepanjang pertandingan berlangsung.
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata: “Sempena ulang tahun ke-30 Astro, kami mahu menghadiahkan sesuatu yang benar-benar bermakna kepada rakyat Malaysia. GV13 menjadi platform yang menyatukan dua jenama ikonik yang dekat di hati penonton, iaitu Gegar Vaganza dan Akademi Fantasia.
“Mengembalikan para juara Akademi Fantasia ke pentas ini bukan sekadar membangkitkan nostalgia, tetapi juga meraikan sebuah legasi yang telah mencorakkan industri hiburan tempatan dan melahirkan ramai artis yang terus relevan sehingga hari ini.”
Beliau menambah, “Apa yang menjadikan musim ini lebih istimewa adalah tahap persaingan yang luar biasa. Buat pertama kalinya, pentas Gegar Vaganza menghimpunkan para juara yang pernah mencipta sejarah dalam Akademi Fantasia.
“Gabungan pengalaman, kematangan dan kehebatan vokal mereka bakal menjadikan setiap konsert mingguan penuh dengan kejutan, emosi dan persembahan bertaraf tinggi yang pasti dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.”
Sebagai pelengkap sambutan tiga dekad Astro, Astro turut membawakan pengalaman hiburan yang lebih besar kepada para peminat menerusi dua konsert istimewa, iaitu Konsert Pesta Sooka Ria, pada 5 November, dan Konsert Pesta Vaganza, pada 6 Novembe.
Kedua-dua konsert tersebut bakal menampilkan barisan artis ternama dari Malaysia seperti Ziana Zain, Jaclyn Victor, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Bunkface, Noh Salleh, Kugiran Masdo, Insomniacks, Hussain, ALPHA, Oddah, Ammara, Ratu, dan ramai lagi selain penampilan khas kumpulan popular dari Indonesia, The Lantis dan Tenxi’s, lapor Gempak.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.