Video tular Andrew Garfield, Elmo kongsi rasa duka pikat lebih 14 juta tontonan
Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: Ikon Sesame Street Elmo terus menjadi duta kesejahteraan kegemaran ramai di internet.
Beberapa bulan selepas catatan media sosialnya tular, di mana watak itu bertanya khabar semua orang, Elmo muncul dengan satu lagi video di mana dia bertanya khabar bintang Hollywood Andrew Garfield.
Pelakon 41 tahun itu, yang kehilangan ibunya Lynn Garfield yang tewas kepada penyakit barah pankreas pada 2019, berkongsi bahawa beliau merindui ibunya - lalu Elmo berkata dia turut berduka atas kehilangan yang dialami Garfield.
Pelakon Spider-Man itu kemudian membalas: "Tidak mengapa, anda tidak perlu berduka. Sebenarnya okay sahaja untuk merindui seseorang."
Kedua-duanya membincangkan tentang perasaan hiba dan duka yang timbul apabila merindukan seseorang dalam hidup mereka dan Garfield kemudian menjelas tentang bagaimana "kesedihan itu suatu permata tersembunyi".
Beliau menambah: "Ia suatu perasaan yang agak indah. Ia bermakna anda benar-benar mencintai seseorang apabila anda merindui mereka. Apabila saya rindu ibu saya, saya kenang semula pelukan yang pernah ibu berikan, semua pelukan yang saya pernah rasai dan ini membuat saya rasa lebih dekat dengannya apabila saya merinduinya.
"Jadi saya gembira kerana ada semua memori bersama ibu dan kegembiraan yang dirasakan bersamanya...dan semua orang yang pernah ibu temui...Apabila saya rindu ibu, saya ingat kerana beliau membuat saya begitu gembira. Maka saya raikan beliau dan saya boleh rindu ibu pada masa yang sama."
Perbualan itu dipuji atas pendekatan yang diambil untuk membincangkan topik sedemikian, dengan seorang peminat menulis: "Andrew menyentuh tentang kesedihan dengan begitu indah sekali, dan temu bual beliau itu di mana beliau berkongsi perspektifnya tentang kesedihan benar-benar membantu saya tangani kedukaan saya sendiri, dengan cara yang baharu, apabila kehilangan Nana (nenek) saya."
Video tersebut sudah memperoleh lebih 14.5 juta tontonan di TikTok.

Mengulas tentang penerimaan positif terhadap video tersebut, Sesame Workshop - iaitu pertubuhan pendidikan bukan untuk keuntungan di sebalik Sesame Street - berkata kepada agensi berita Amerika Syarikat NBC News bahawa video itu mewujudkan "perbualan yang tulus ikhlas tentang topik sensitif tetapi penting bagi kanak-kanak dan keluarga, yang melibatkan kematian insan yang disayangi".
Jeanette Betacourt, naib presiden kanan kesan sosial Amerika Syarikat bagi Sesame Workshop menambah: "(Garfield dan Elmo) menunjukkan bahawa kita boleh merindui seseorang yang disayangi, dan ia membantu jika diraikan memori-memori yang anda ada bersama mereka, yang membawa kebahagiaan (kepada anda)."

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.