Video terakhir pelawak M'sia Abam jadi kenangan
Isteri pelawak Fad Bocey, Nur Syahira A. Rahman, berkongsi detik terakhir Abam bersama suaminya Fad dan juga Achey.

(Gambar: Twitter)
KUALA LUMPUR: Isteri pelawak Fad Bocey, Nur Syahira A. Rahman, berkongsi detik terakhir Abam bersama suaminya Fad dan juga Achey.
Cik Syahira berkongsi detik itu melalui menerusi video pendek yang dimuat naik ke akaun Instagramnya.
Video itu dirakamkan sewaktu Bocey berada di belakang pentas semasa membuat persiapan untuk persembahan di pentas Maharaja Lawak (MLM2019), lapor Astro Awani.
Cik Syahira berkata beliau tidak menyangka video itu merupakan detik terakhir mereka bersama Abam.
“Bam kita tahu Abam penat sangat, penat nak berjuang sebab Abam rasa Bocey orang dah tak pandang, orang dah jemu.
“Sebab tu Abam asyik ulang dah la nak rehat puas-puas. Sekarang Abam tengah rehat kan. Doakan dia moga Allah tempatkan dia di kalangan orang beriman."
Abam, atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada Isnin (10 Feb) pada usia 32 tahun, menurut laporan Astro Awani.
Allahyarham merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey, lapor Astro Awani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.