Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Video penghantar makanan jumpa hantu semasa bertugas menang anugerah

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bertugas sebagai penghantar makanan adalah sukar. Bukan sahaja perlu berdepan cuaca buruk, tempahan pelanggan pula tertumpah, kelewatan dan pelanggan yang tidak munasabah, tetapi mereka juga perlu berdepan dengan…hantu semasa bekerja. 

Lagipun, penghantar makanan  harus beronda-ronda bersendirian di sekitar blok HDB yang terpencil dan tidak dikenali, yang kadangkala sangat menyeramkan pada lewat malam.

DIKEJAR POCONG

Seorang penghantar makanan menceritakan kisah pertemuan paranormalnya melalui video YouTube yang bertajuk Cerita Hantu Ep1: Penghantar Makanan Dikejar Pocong!!

Video seram yang ditonton lebih setengah juta itu adalah sebahagian siri-siri berjudul Cerita Hantu yang dihasilkan oleh produksi tempatan Urban Xtreme Monkeys. 

Baru-baru ini ia memenangi Video Paling Popular dalam anugerah sulung Mediacorp, The Pinwheels, yang memuji penghasil kandungan digital tempatan yang terbaik. 

Keputusan untuk video paling popular itu dibahagikan sama rata antara pengundi awam dan pemarkahan oleh panel hakim industri The Pinwheels.

MALANG HANTAR MAKANAN LEWAT MALAM 

Dalam Cerita Hantu, satu lakonan semula kisah seramnya, penghantar makanan "Encik Jo" berkongsi bahawa pengalaman pahitnya berlaku apabila syarikatnya "baru memulakan penghantaran [makanan] syif malam, iaitu bermula dari pukul 11.00 malam dan berakhir pada pukul 2.00 pagi".

ANDA TAK AKAN TAHU SIAPA DI SEBALIK PINTU

Memandangkan dia memerlukan wang untuk perkahwinannya, Encik Jo membuat keputusan untuk mengambil tugas itu. Dia menghantar satu tempahan makanan ke flat HDB, di mana tiada jawapan walaupun sudah mengetuk pintu rumahnya berulang kali. Tetapi apabila dia akhirnya menyerahkan makanan kepada pelanggan itu, Encik Jo melihat sesuatu yang pelik di dalam rumahnya - suatu entiti berbalut dengan kain putih.

MANGSA YANG DISASAR

Encik Jo membuat keputusan untuk menamatkan syifnya dan pulang dengan cepat, walaupun dia menyedari dia sedang diekori. "Dalam perjalanan pulang, ada kalanya saya merasakan motor saya lebih berat daripada biasa," katanya. Seram," cerita beliau.

Kami tidak akan mendedahkan jalan cerita kisah seram selanjutnya, tetapi cukup dengan melaporkan bahawa kadangkala lif HDB yang tidak merbahaya boleh menjadi lebih menakutkan daripada pelanggan yang mengadu tentang pesanan makanannya separuh hilang. 

Encik Jo menambah bahawa ia adalah "kali pertama dan yang terakhir" dia bekerja dalam syif penghantaran lewat malam.

Sumber : Today/KF/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan