Skip to main content

Hiburan

Video Neelofa baca doa topik perbualan tertinggi di M’sia sepanjang 2019

Dengan tahun 2019 bakal sampai ke penghujungnya, laman sosial Twitter menerusi Twitter Asia Pacific mendedahkan senarai apa yang menjadi perbualan rakyat di seluruh Malaysia, dalam satu kajian data yang dikeluarkan baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Video Neelofa baca doa topik perbualan tertinggi di M’sia sepanjang 2019

Neelofa. (Gambar: Neelofa/Instagram)

Diterbitkan : 14 Dec 2019 12:58PM Dikemas Kini : 14 Dec 2019 01:00PM

KUALA LUMPUR: Dengan tahun 2019 bakal sampai ke penghujungnya, laman sosial Twitter menerusi Twitter Asia Pacific mendedahkan senarai apa yang menjadi perbualan rakyat di seluruh Malaysia, dalam satu kajian data yang dikeluarkan baru-baru ini.

Ternyata, laman itu mendedahkan bahawa video yang menampilkan pengacara dan usahawan terkenal Neelofa menjadi topik perbualan tertinggi di seluruh Malaysia, lapor Astro Awani.

Muat naik oleh seorang pengguna laman itu, @maiadnan, mendapat lebih 91,400 kicauan dan 87,300 tanda suka secara keseluruhan sekali gus menjadikan ia salah satu daripada “Golden Tweets” di Asia Pasifik.

Video yang berdurasi 1 minit 49 saat itu menampilkan pengacara berkenaan membaca sepotong doa yang diamalkan olehnya untuk mengecapi kejayaan di sepanjang kariernya, lapor Astro Awani.
Selain Malaysia, negara lain yang turut disenaraikan dalam kajian berkenaan adalah Korea Selatan, Australia, India, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita