Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Video muzik lagu raya terbaru Aliff Syukri undang kecaman warga siber

Anggaran Waktu Membaca:
Video muzik lagu raya terbaru Aliff Syukri undang kecaman warga siber

(Gambar: Instagram/aliffsyukriterlajaklaris)

PETALING JAYA: Tidak pernah serik dengan kecaman, usahawan kosmetik sensasi Aliff Syukri sekali lagi mengundang perhatian apabila tampil dengan busana aneh dalam video muzik lagu raya barunya tahun ini.

Dalam video yang dikongsikan, Aliff tampil dengan baju ketat persis pakaian mandi berwarna biru, lengkap bersamping serta
songkok.

Tidak keseorangan, lima penari yang mengiringi turut tampil dengan pakaian serupa.

Menurut laporan Kosmo Online, Aliff dalam catatannya mengakui tidak sabar untuk memperdengarkan lagu raya terbarunya itu kepada umum, selain menganggap dirinya sebagai penyanyi nombor satu di negara tersebut.

“Beri laluan kepada lagu raya nombor satu bakal sohor kini empat tahun berturut-turut, Cak Cun Cak Raya.

“Semoga lagu raya ini memberi sinar kebahagiaan kepada anda semua untuk menyambut Hari Lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi, daripada artis nombor satu Malaysia,” ujarnya, ditukil agensi berita Kosmo Online.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga siber berpendapat fesyen yang digayakan Aliff dan penari merupakan gimik promosi untuk meraih perhatian ramai.

Ini bukan pertama kali video muzik Aliff dikecam.

Sehingga kini, video tersebut meraih lebih 890,000 tontonan di Instagram.

Pada tahun lalu, usahawan kontroversi itu turut mendapat kecaman bertalu-talu daripada warga maya apabila tampil dengan tarian agak menjolok mata dan tidak bersesuaian dengan sambutan Aidilfitri.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan